Demo Site

Isnin, 31 Mei 2010

Scheme Science Mid Term Exam 2010 (Sec A)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Mudahan pembaca blog dan yang paling utama pelajar-pelajar cikgu sihat walafiat dan sejahtera sentiasa. Ini merupakan bualan cikgu yang pertama agaknya dalam ruangan blog ini. Cikgu akan cuba jadikan blog ini sebagai medium untuk pelajar cikgu mengetahui mengenai teknik menjawab yang betul tentang khussusnya untuk subjek Sains SPM Insyaallah.

Kita bermula daripada soalan yang pertama mengenai topik variation (variasi). Seperti yang telah pelajar pelajari dalam bab3 di tingkatan 4, variasi ini terbahagi kepada 2 ketegori iaitu continuous variation ( variasi selanjar ) dan discontinuous variation ( variasi tak selanjar). Untuk memudahkan pelajar mengingat, cikgu lebih suka pelajar menghafal sejenis sahaja variasi. Sebagai cth:
Variasi selanjar: Ketinggian, warna kulit, berat dan saiz. Maknanya, selain daripada sifat yang dinyatakan tadi boleh dikatakan semuanya variasi tak selanjar. So berbalik kepada soalan yang pertama exam baru2 ini rata-rata kelas depan memang boleh jawab tapi ada yang masih keliru. Jom kita tengok
1.
Pelajar lebih suka mengira dan memasukkan terus bilangan murid berdasarkan kiraan. Pelajar harus ingat! jumlah nilai yang dimasukkan hendaklah sama dengan nilai keseluruhan pelajar, sekiranya tidak mencukupi kemungkinan jawapan kamu tidak tepat. Cikgu lebih gemar kamu menggunakan teknik kiraan secara gundal cth: ///// agar tiada nilai yang tertinggal. Jawapan untuk soalan ini ialah Lengkung: 7 Gelung: 8 Sepusar: 4 Komposit: 6
Sekiranya jawapan kamu salah di bahagian ini. kamu juga berkemungkinan akan kehilangan 2 lagi markah di bahagian seterusnya, iaitu membina graf palang.
Untuk pengetahuan pelajar semua, tidak salah kamu melorekkan graf palang ini. Ia menunjukkan yang kamu seorang berhati-hati dan sistematik. Cuma pastikan kamu melukis graf palang dengan betul kerana pemarkahannya 1 M untuk bentuk graf dan 1 M lagi untuk point yang tepat.
Cuba perhatikan jawapan pelajar ini. Sekiranya kamu mengingati apa yang cikgu beritahu tadi tentang variasi, sudah pasti kamu tidak akan kehilangan markah dengan mudah di bahagian 1(c). Jawapannya sudah pasti variasi tak selanjar kan?
Soalan kedua antara soalan yang paling senang dalam peperiksaan kali ini. Kesalahan yang biasa pelajar lakukan adalah tidak membaca soalan dengan teliti. Cuba perhatikan, soalan 2a(i) soalan bertanyakan tentang apakah yang diperhatikan pada jarum ammeter? Soalan yang agak mudah arasnya.. tetapi masih ada pelajar yang tidak tahu cara menjawabnya. Jawapannya sudah pastilah 'Jarum ammeter menunjukkan bacaan'.
Punca/penyebab/yang berbeza --> Pembolehubah dimanipulasikan --> Jenis plumbum(II) bromida / Pepejal Plumbum II Bromida dan Leburan Plumbum II Bromida.
Untuk mendapatkan inferens, cikgu lebih suka pelajar terlebih dahulu menyatakan pemerhatian. Biasanya pemerhatian ialah keadaan eksperimen yang berbeza dari yang eksperimen ynang asal. Iaitu jarum ammeter menunjukkan bacaan pada leburan plumbum (II) bromida. Kenapa rasanya ia menunjukkan bacaan. mudah sahaja, lihat balik soalan.
Rajah 2.1 dan 2.2 menunjukkan eksperimen untuk mengkaji kekonduksian elektrik plumbum (II ) bromida. Gunakan ayat soalan tadi untuk mendapatkan inferens.
Jarum ammeter menunjukkan bacaan pada leburan plumbum (II) bromida kerana leburan plumbum (II) bromida boleh menkonduksikan elektrik. Senang kan?

Untuk definasi secara operasi, ramai pelajar yang keliru bagaimana nak menjawab soalan ini. Yang pertama sekali pelajar kena tahu apa definasi yang ditanya. Kalau orang tanya apakah definasi berlari.... jawapannya mestilah:- Berlari ialah ............................ . Mestilah pokok yang ditanya tadi berada di depan ayat. Betul tak? So in case soalan tadi, definasi tentang sebatian ion.... maka jawapannya mestilah Sebatian ion ialah sebatian...........( pemerhatian pada pembolehubah yang bergerakbalas) yang ditunjukkan oleh jarum ammeter menunjukkan bacaan. Kalau tak de bacaan maka ia bukanlah sebatian ion.

Sekiranya pelajar perhatikan bentuk soalan di bahagian A ini. terdapat beberapa persamaan yang sangat nyata. Iaitu di bahagian pembolehubah, hipotesis, pemerhatian dan definasi secara operasi. Cuba lihat skima soalan 3 dan soalan 4.

Section A (English Answer)
1(c) Discontinuous variation

2(a) (i) The needle of the ammeter deflects
(ii) 0.4
(b) (i) The state of the Lead (II) Bromide
(c) Lead (II) Bromide in the molten state can conduct electricity. / The needle of the ammeter deflects in Lead (II) Bromide in molten because it can conduct electricity.
(d) An ionic compound is the molten state of Lead (II) Bromide that cause the needle of the ammeter connected in the closed circuit to deflect.

3 (a) The higher concentration of the antibiotic is used the larger clear area will be occurred.
(b) (i) Concentration of an antibiotic
(ii) The larger @ wider of clear area
(c) The clear area that surrounds the antibiotic disc of high concentration is large@wide. / The area of clear area surrounds the antibiotic disc of low concentration is small
(d) The antibiotic is a substance that showed by clear area that occur surround the disc of antibiotic

4 (a) The elasticity of natural rubber that has been soaked in sulfur mono chloride solution (rubber Q) is higher than the elasticity of natural rubber (rubber P)
(b) (i) The mass of the weight
(ii) Sulphur Monochloride solution
(c) Natural rubber that has been soaked in Sulphur Monochloride solution (Rubber Q)
(d) Tyre and shoe sole

Ok lah jumpa lagi di ruangan skima bahagian B...